All News

AGN RINTIS KERJASAMA ANTARABANGSA DENGAN UNIVERSITAS JEMBER

jember
 
Dalam mesyuarat atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting pagi ini, Prof. Madya Dr. Mohd Sobri bin Don selaku Pengarah AGN menyatakan keterujaan untuk mengadakan kerjasama antara UUM dengan UNEJ dengan peluang untuk mengadakan syarahan undangan (invited speakers) dalam kursus-kursus berkaitan oleh pensyarah-pensyarah dari kedua-dua universiti.
 
Aktiviti ini diharapkan dapat bergerak sebagai langkah pemula bagi usahasama lanjut yang akan direalisasikan melalui MoU yang akan ditandatangani kelak.
 
Cadangan ini disambut dengan baik oleh Prof. Dr. Isti Fadah, Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis UNEJ yang mengharapkan aktiviti ini dapat mempertingkatkan pertukaran ilmu antara UUM dan UNEJ terutama dalam bidang pentadbiran perniagaan dengan pengkhususan bidang pengurusan golf, selain dari pertukaran pelajar melalui program mobiliti.
 
Hadir bersama dari pihak UNEJ adalah Dr. Zainuri, Wakil Dekan I (Bidang Akademik); Dr. Ahmad Roziq, Wakil Dekan II (Bidang Administrasi dan Keuangan); dan Dr. Hadi Paramu, Wakil Dekan III (Bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama).
 
Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman, Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Pembangunan) AGN; dan Dr. Mohd Adan Omar, Timbalan Pengarah (Akademik) AGN.
 
Sekian.